Showing posts with label UKCG. Show all posts
Showing posts with label UKCG. Show all posts

Wednesday, 20 May 2015

Semakan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG)

بسم الله الرحمن الرحيم

Assalamualaikum

Semakan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) PISMP Ambilan Jun 2015


Semakan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) bagi PISMP 2015


Semakan panggilan Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) bagi Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) Ambilan Jun 2015 bermula dari 24 Mac 2015 hingga 30 Mac 2015.
Sekiranya anda telah memohon ke PISMP Ambilan Jun 2015, sila lakukan semakan samada anda dipanggil untuk Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG). Hanya calon yang lulus Ujian Kelayakan Calon Guru (UKCG) sahaja layak dipanggil untuk ditemuduga.
Semakan boleh dibuat di laman Aplikasi Permohonan Program Perguruan Kementerian Pendidikan Malaysia, di pautan berikut:

Then lepas korang bukak link tu, korang akan masuk website dia, dan korang akan jumpa benda dekat bawah ni ..


Masukkan nombor kad pengenalan dan kata laluan masa korang daftar dan buat permohonan arituu ..

Untuk semua lepasan SPM, SMA/SMU dan UEC yang telah membuat permohonan ... semoga berjaya.
_____________________________________________________________________

Done for the introduction, Awin terpilih join program UKCG 2015 nie...awin kena dekat IPG Durian Daun Melaka 8.00 pagi

Awin pilih bimbingan dan kaunseling...so awin just kena 2 ujian
1. ujian bertulis
2. ujian fizikal

APA ITU UJIAN BERTULIS??
:) ujian objektif je...sonang..x perlu fikir lama2...lagi pun tempoh di sekejap je
Ada 2 bahagian..bahagian A dan bahagian B

Bahagian A- 130 soalan..
(kalau x silap la...sebenarnya da lupe)

pilihan jawapan dia just "YA /TIDAK" " BENAR/TIDAK" "BETUL/SALAH"..lebih kurang la..jangan ambil masa lama sangat..make sure 15 minit sebelum tamat..anda sudah masuk bahagia B

Bahagian B - 50 (lupe jugak sebenarnye..)
Pilihan jawapan ada 4
SANGAT TIDAK BENAR, TIDAK BENAR, BENAR, SANGAT BENAR

UJIAN FIZIKAL
mula2...dia akan kumpulkan semula dalam dewan..dia tujuk video cara ujian ini dijalankan..then..warm up section...

kumpulan 1 akan buat ujian nie..so sekejap je da boleh balik :) (awin group 1 aritu)
UJIAN FIZIKAL INI ADA 5 CHECK POINT

1. Check Point Pertama (1)
Check point pertama adalah ukuran berat badan dan tinggi (BMI).

2. Check Point Kedua (2)
Check point kedua ialah, menjalani ujian ketegangan urat anda iaitu mengandungi 5 tahap. 
  • Tahap pertama dalam keadaan tidur, lutut dan paha mestilah berada 90 darjah. Anda dikehendaki meluruskan tangan anda dan bangun, tangan mestilah mengenai lutut. 
  • Tahap kedua luruskan tangan tapi siku anda mestilah mengenai lutut. 
  • Tahap ketiga silangkan tangan seperti dalam keadaan solat, kemudian bangun dan rapatkan kepala anda sehingga ke lutut. 
  • Tahap 4, silangkan tangan diatas kepala, dan pastikan tangan dan kepala sama-sama terangkat dan mestilah mengenai lutut. 
  • Tahap kelima ialah silangkan tangan di belakang kepala, pastikan kepala mengenai lutut.

3. Check Point Ketiga (3)- (kuandrat jump-boleh tengok dekat youtube)

Check point ke 3 ialah anda dikehendaki lompat selama 10 saat dan dilarang terpijak garisan. Garisan tersebut berbentuk tambah + anda dikehendaki lompat secepat mungkin keempat-empat ruangan dalam petak tambah.

4. Check Point Keempat (4) -(kilas sisi)
Check point keempat ialah, anda dikehendaki membuka kaki sekurang-kurangnya satu hasta, kemudian tangan anda mesti menyentuh lantai, kemudian berpaling ke belakang dan menyentuh dinding. Setiap 1 dinding disentuh dikira satu mata. Ujian ini dijalankan selama satu minit, untuk mendapatkan markah penuh anda mesti selesaikan 45 kali.

5. Check Point Kelima (5)-(bleep test-tengok dekat youtube)

Check point kelima ialah, anda dikehendaki lari sejauh 20meter secara ulang alik. Check point ini mengandungi 6 tahap, setiap satu tahap anda dikehendak berlari ulang alik sebanyak 3 kali, iaitu 120 meter, setiap satu tahap.

THEN BOLEH BALIK !!! YEAHHH